Monday 22 April 2013

Andai aku Bosan..


Ini cerita fasal BOSAN….

Pernahkah anda terfikir mengapa Allah menganugerahkan kita perasaan Bosan ??

Sering sahaja apabila kita melakukan sesuatu,
Lama-kelamaan, kita akan merasakan bosan..
Dan kita meninggalkannya dengan alas an kerana, “ahh, bosan nya aku buat bende ni !”..

Tahukah anda ?

Sebenarnya sesuatu inovasi dalam setiap sudut kehidupan itu berlaku apabila
Perasaan bosan mulai wujud dalam diri manusia.
Bosan itu sebenarnya mendorong seseorang itu untuk memperbaharui sesuatu yang sedia ada,
Malah dengan mencipta sesuatu yang belum ada.
Terciptanya teknologi yang makin canggih dari masa ke semasa, hari demi hari.
Perbaikkan diri manusia setiap waktu juga adalah apabila adanya rasa bosan.
“bosan aku, dari dulu lagi macam ni, aku nak cuba sesuatu yang baru, nak baiki diri aku…”
                                                                         ****
Oleh itu, jangan kerana kita bosan.. kerana sesuatu itu sudah lama kita lakukan.
Kita terus meninggalkannya..
Perbaharuinya, lakukan pembaikkan.. dunia memerlukan idea-idea yang baru
untuk maju.

Bosan itu sebenarnya membina !

Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)


 

No comments:

Post a Comment