Sunday 24 March 2013

Resepi Rojak Pasembor

Assalamualykum Warahmatullah.
malam ni terasa nak conteng menconteng sikit kat blog ni..
mahu nya bukak, tp tak tulis apa pun. xke rugi..
ok, malam ni qie nak kongsikan satu resepi masakan..
walaupun tak pandai sangat masak memasak ni..
cuma nak kongsikan resepi kegemaran ibu..
mana tahu boleh bagi inspirasi pada pembaca sekalian...
untuk dijadikan menu keluarga.
untuk menambat hati suami .. hehe
untuk menarik hati mertua ke.. ;0 ;)
lahaaiii... panjang lebar pulak bercerita, resepi nya belum bagi..haha
kkk..
ni dia resepinya... jeng jeng jeng..
Pasemboq Utagha.





BAHAN KUAH :-)
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

BAHAN CUCUR UDANG :-)
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.

UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.

UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak.


jadiiii~ selamat mencuba ibuk2 sekalian.
#ade can boleh buat menantu tak ?? kekeke..  :P