Monday 26 May 2014

Wahai Gadis...

Alangkah indahnya jika masih ada wanita mulia seperti Umamah, isteri kepada Awf bin Muhallim al-Shaybani yang menasihati anak gadisnya sebelum bernikah dengan berkata;

أي بنية
Wahai anak gadisku...
النساء للرجال خُلقن ولهن خُلق الرجال
'Wanita adalah dijadikan untuk lelaki seperti mana lelaki adalah diciptakan kerana perempuan...

أي بنية
Wahai anak gadisku...
إنك فارقت البيت الذي منه خرجت، وعشك الذي فيه درجت، إلى بيت لم تعرفيه، وقرين لم تألفيه، فكوني له أمةً يكن عبداً وشيكاً، واحفظي له خصالاً عشراً يكن لك ذخراً
'Kamu akan berpisah meninggalkan rumah ini yang mana engkau dilahirkan di dalamnya, yang mana di dalamnya engkau dibesarkan, ke rumah yang engkau tidak pernah kenal akan ia....

Bersama teman yang engkau tidak pernah bermesra atau bermanja dengannya...Maka jadilah engkau kepada dia seperti hambanya (yang berkhidmat kepadanya)maka dia pun akan menjadi hamba kepada engkau dan menerima dirimu. Dan ambillah daripadaku 10 pesanan atau nasihat moga ianya menjadi pemberi ingatan dan bekalan bagi engkau.

الخشوع له بالقناعة،
1, Jadilah engkau kepadanya sebagai isteri yang qanaah (merasa cukup) dengan apa yang diberi

وحسن السمع له والطاعة
2, dan dengar serta taat kepada dia.

التعهد لموقع عينه، ،
3, Jadilah engkau sentiasa bersedia untuk dilihat dimatanya

والتفقد لموضع أنفه
4,dan sentiasa siap untuk dibau oleh hidungnya..

فلا تقع عينه منك على قبيح، ولا يشم منك إلا أطيب ريح
Jangan biarkan dia melihat engkau dalam keadaan hodoh dan jangan dia mencium bau engkau kecuali yang wangi.'

فالتفقد لوقت منامه وطعامه،
5-6, Perhatikanlah pada waktu tidurnya dan makanannya (mempersiapkan tidur dan makan suami)

فإن تواتر الجوع ملهبة، وتنغيص النوم مغضبة
Kerana kerap kelaparan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan menganggu tidur boleh menyebabkan kemarahan

فالاحتراس لبيته وماله،
7, Jagalah dan awasilah (peliharalah) rumahnya dan hartanya

والإرعاء على حشمه وعياله،
8, Dan peliharalah hubungan kekeluargaan dan keturunannya (anak-beranak dan tanggungannya)

وملاك الأمر في المال حسن التقدير، وفي العيال حسن التدبير
Menguruskan perihal hartanya dengan baik menunjukkan kebaikan engkau dalam menghargainya dan menjaga hubungan kekeluargaan menunjukkan kebaikan engkau dalam pengurusan pentadbiran rumahtangga

فلا تعصي له أمراً،
9, Janganlah engkau melanggari arahannya

ولا تفشي له سراً،
10, dan janganlah engkau mendedahkan rahsianya

فإن عصيت أمره: أوغرت صدره وإن أفشيت سره لم تأمني غدره
Jika engkau melanggar arahannya maka hatinya akan dipenuhi kebencian terhadap dirimu dan jika engkau mendedahkan rahsianya maka dia tidak akan merasa selamat daripada dirimu (merasa akan dikhianati).

Kemudian Umamah menutupi pesanannya dengan berkata;

إياك والفرح بين يديه إذا كان ترحاً،
'Berhati-hatilah engkau janganlah menunjukkan gembira disisinya jika dia sedang bersedih,

والاكتئاب بين يديه إذا كان فرحاً
Jangan pula engkau menunjukkan kesedihan kala dia sedang bergembira.

وكوني أشد ما تكونين له إعظاماً، يكن أشد لك إكراماً
Tonjolkanlah padanya sebaik-baik penghormatan dan maka nescaya dia akan memuliakan engkau dengan sebaik-baiknya

وأشد ما تكونين له موافقة يكن أطوع مما تكونين له موافقة
Berikanlah kepadanya persetujuan/sokongan sebanyak mana yang engkau dapat berikan maka dia pun akan membalas dengan memberikan persetujuan atau sokongan pula kepada engkau

واعلمي أنك لا تصلين إلى ما تحبين حتى تؤثري رضاه على رضاك، وهواه على هواك، فيما أحببت أو كرهت
Ketahuilah wahai anak gadisku, kamu tidak akan dapat mencapai apa yang engkau inginkan sehingga engkau mengutamakan keredhaannya sebelum keredhaan dirimu, hawa nafsunya sebelum hawa nafsumu, pada apa yang engkau sukai atau engkau benci.

والله يخير لك
Semoga Allah memilih apa yang terbaik untukmu.

[Jamharah Khutah al-‘Arab]

Sunday 8 December 2013

Ibrahim bin Adham Menghalau Singa

Ibrahim bin Adham Menghalau Singa

Ibrahim bermusafir bersama-sama Abdullah al-Quraisy. Kemudian, sampai di sebuah tempat, mereka melihat sekumpulan musafir yang tidak dapat meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya, mereka diganggu oleh seekor singa. Tiada siapa yang berani menghalaunya.

Lalu, Ibrahim pun berkata, “Wahai Qaswarah (nama singa), jika engkau memang diperintahkan untuk membuat sesuatu kepada kami, tunaikanlah perintah itu. Jika tidak, jauhkanlah dirimu daripada jalan ini.”

Kemudian, singa itu pun bangun dan pergi.

MORAL:

Jika kita takut kepada Allah, maka seluruh makhluk akan takut kepada kita. Tapi, jika kita tidak takut kepada Allah, setiap makhluk akan menakut-nakutkan kita.

Friday 7 June 2013

UBAN DALAM ISLAM

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة  “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ  “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ “Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (HR. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakruhkan berdasarkan hadits dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa mencabut uban adalah makruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة “Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba).

Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tato dan yang meminta ditato, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadits ini shahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadits yang menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya hukum mencabut uban dapat dikatakan haram kerana ada dalil tegas mengenai hal ini, sedangkan majoriti ulama mengatakan hukumnya adalah makruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
Namun, jika uban tersebut berada pada janggut atau rambut yang tumbuh di wajah, maka ini jelas haramnya

Monday 22 April 2013

Andai aku Bosan..


Ini cerita fasal BOSAN….

Pernahkah anda terfikir mengapa Allah menganugerahkan kita perasaan Bosan ??

Sering sahaja apabila kita melakukan sesuatu,
Lama-kelamaan, kita akan merasakan bosan..
Dan kita meninggalkannya dengan alas an kerana, “ahh, bosan nya aku buat bende ni !”..

Tahukah anda ?

Sebenarnya sesuatu inovasi dalam setiap sudut kehidupan itu berlaku apabila
Perasaan bosan mulai wujud dalam diri manusia.
Bosan itu sebenarnya mendorong seseorang itu untuk memperbaharui sesuatu yang sedia ada,
Malah dengan mencipta sesuatu yang belum ada.
Terciptanya teknologi yang makin canggih dari masa ke semasa, hari demi hari.
Perbaikkan diri manusia setiap waktu juga adalah apabila adanya rasa bosan.
“bosan aku, dari dulu lagi macam ni, aku nak cuba sesuatu yang baru, nak baiki diri aku…”
                                                                         ****
Oleh itu, jangan kerana kita bosan.. kerana sesuatu itu sudah lama kita lakukan.
Kita terus meninggalkannya..
Perbaharuinya, lakukan pembaikkan.. dunia memerlukan idea-idea yang baru
untuk maju.

Bosan itu sebenarnya membina !

Allah Ta'ala berfirman ” Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main (sia-sia). Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan haq, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui .” (QS Ad Dukhaan [44] : 38-39)


 

Tuesday 26 March 2013

Penawar dalam Pengembaraan.


Assalamualykum warahmatullah..
Bertemankan angin malam  yang dihiasi bulan dan bintang2 yang bersinar. Allah ! sungguh indah ciptaanMu.
“Mahasuci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar.”-al-Fuqan:61-
Allah Sang Pencipta yang Maha Hebat. Tiada satu pun ciptaannya yang sia-sia, segalanya mengandungi hikmah bagi manusia yang berfikir.  Bulan, matahari, bintang, tumbuhan, binatang, dan sebagainya.. segalanya dicipta untuk memberikan kebaikan pada manusia , asal saja manusia tahu memanfaatkannya, dan tidak menyalahgunakannya.

Melihat akan keindahan alam mengingatkan aku pada luasnya kuasa Allah, terasa begitu kerdilnya , hinanya, jahilnya diri ini.. terlalu banyak khazanah yang belum kugali, ilmu yang belum kucapai dan tempat yang belum kupergi.Sungguh, impianku dari kecil adalah untuk mengembara serata dunia, untuk menikmati uniknya setiap sudut pelusuk bumi.
Pernah kubaca dalam satu artikel, perihal pentingnya satu pengembaraan, disamping untuk meluaskan pengetahuan, namun juga untuk mengurangkan bebanan tekanan dan penyakit2 yang ada pada manusia, jua dapat memberikan semangat.
Tidak dinafikan, ada masa manusia memerlukan masa untuk menyendiri dengan berjalan menapak bumi.  
Ayuh, kita mengembara, sebagai hamba, yang tunduk pada Penguasa.


Sunday 24 March 2013

Resepi Rojak Pasembor

Assalamualykum Warahmatullah.
malam ni terasa nak conteng menconteng sikit kat blog ni..
mahu nya bukak, tp tak tulis apa pun. xke rugi..
ok, malam ni qie nak kongsikan satu resepi masakan..
walaupun tak pandai sangat masak memasak ni..
cuma nak kongsikan resepi kegemaran ibu..
mana tahu boleh bagi inspirasi pada pembaca sekalian...
untuk dijadikan menu keluarga.
untuk menambat hati suami .. hehe
untuk menarik hati mertua ke.. ;0 ;)
lahaaiii... panjang lebar pulak bercerita, resepi nya belum bagi..haha
kkk..
ni dia resepinya... jeng jeng jeng..
Pasemboq Utagha.





BAHAN KUAH :-)
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

BAHAN CUCUR UDANG :-)
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.

UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.

UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak.


jadiiii~ selamat mencuba ibuk2 sekalian.
#ade can boleh buat menantu tak ?? kekeke..  :P